Sunday, August 31, 2008

Aktiviti Riadah Bersama Animator SEM 04 Di Hulu Langat

Salam & Gegar kepada semua rakan taulan & para animator sekalian..tanggal 21 Ogos 08 yg lalu, hero2 animation sem 04 telah menjemput sifoo kesayangan mereka Encik Mohd Faisal GTF meredah Hutan Rekreasi Hulu Langat (terlupa pula nama sebenar sungai tu haha) dgn kenderaan pacuan 4 roda masing-masing (muwahaha) di mana Azizi merangkap Ketua Penganjur Misi, memandu Kancil Purple 4x4 (jambu), Faizal memandu Saga VR4, saya bersama Khaidir & Zaki menaiki Knight Rider (made in Malaysia) huhu..manakala Fikri pula menunggang Scrambler tanpa membawa adiknya Jason bersama dalam misi kami atas 'asalan' Jason tak mandi pagi. he2




Objektif utama kami ialah meninggalkan kesesakan kota yang penuh pencemaran serta kisah-kisah sedih disebaliknya. Namun kehadiran kami disambut baik oleh penghuni belantara seperti ungas2 & deruan air sungai yg mengalir dicelah2 batu seolah2 mereka mengucapkan selamat datang kpd kami...kemesraan mereka membuatkan kami semua teruja & bertafakur seketika sambil membayangkan bilakah saat Azizi & Khaidir ingin mulakan memanggang..pergh lapar & kebulur..uhhkh..



Bekalan logistik kami telah disediakan oleh Tok Batin (Azizi) memang best sampai sendat seluar melantak makanan yang membuatkan semua orang kembung. Pabila sudah kenyang kami pun mulalah melepet & ada yang x sabar2 lagi nak celup badan di air untuk menyental berkati-kati daki..Memang seronok melihat mereka berenang2 di dalam air yang cetek. Saya tak komen ape2 sbb saya faham mereka masih beginner dalam acara renang..saya juga tak perlu bimbang tentang risiko lemas..hik2


Belum puas kami bermandi manda, akhirnya baru kami sedari hari semakin gelap..unggas2 yang tadinya hadir menemani kami semuanya telah bertempiaran lari pulang ke sarang..kini kami hanya bertemankan ribuan langgau & lalat yang mewujudkan suasana pesta bagi mereka menghurungi sisa makanan & tulang temulang. Disebabkan langgau & lalatlah akhirnya kami terpaksa berangkat pulang membawa ewoks masing-masing..